hai...baru ada kesempatan untuk buat entry pasal kecantikan...yerlah ilmu yd ada harus dikongsikan...mood baru datang setelah sekian lama blog ini di cipta...
Sebelum jadi begini kita mesti mencegah!!!
TIPS MENCEGAH JERAWAT:
RAJIN BERSIHKAN WAJAH
- Salah satu penyebab jerawat adalah kerana kotoran dan bakteria yang menempel di wajah.Dengan mencuci wajah denagan kerap dengan pembersih muka ia dapat membantu menghindar bakteria dan kotoran di muka
SINGKIRKAN RAMBUT DARI WAJAH
Rambut akan menjadi kotor dan berminyak dan kadangkala ada kelemumur..kotoran/kelemumur yang berada di rambut akan dipindahkan ke wajah kita ini akan menyebabkan jerawat akan bertambah teruk
CUCI SARUNG BANTAL DAN CADAR DENGAN KERAP
- Rambut dan badan yang kotor akan melekat di sarung bantal dan alas tidur,bila kita tak mencuci kotoran itu dahulu,dan ia akan melekat ke muka dan badan kita semula apabila kita tidur
MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Sekurang-kurangnya cuba jadikan amalan dan tabiat untuk minum air lebih kerap kerana ia boleh membantu membuang toksin dari badan kita
KURANGKAN PEMAKAIAN KOSMETIK
- Penggunaan kosmetik yg berlebihan dan kerap akan membuatkan pori2 tersumbat..AWAS!fondation terutamanya..pastikan anda memcuci dengan bersih dan teratur,pilihlah bahan yg berasaskan air daripada yg berasaskan minyak.
JANGAN PICIT JERAWAT
- Tangan yg kotor akan berjangkit di muka apbila anda memicit jerawat,dan kotoran itu akan tersebar di bahagian lain dan akn menyebabkan pertumbuhan jerawat di bahagian lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan