Salam aidilfitri..buat teman2 blogger semua~hmmm semua dah mula bekerja n bersekolah..kesempatan yg ada skit nie nak berceritalah pasal aidilfitri yg lepas~...*best*
ok seperti yg telah di war-warkan tahun nie kami beraya di Jb...mmm ini taun pertama beraya di rumah keluarga suami..memg berbeza suasana beraya di bandar dengan kg ku sendiri tak semeriah sambutannya...tapi kami tetap bergembira beraya bersama ibu mertuaku...selagi umurnya ada..insyaallah kami sentiasa di sisi...
inilah pic kami sekeluarga~*nasib baik ada iwan tolong ambikkan"*-kalau tak asyik gambar ber-3 sajer...
merah menyala...~memg i like...
*****JUADAH DI PAGI RAYA********
~Sebelum kami semua sampai *malam raya*kakak iparku _hajah rafeah_ sudah menyediakan juadah untuk pagi raya..biasalah ..
-nasi impit -WAJIB
-rendang daging
-serunding daging
n masa pagi raya tu aku masakkan
-kuah lodeh
-sambal ikan bilis + belimbing *sedap*
-ayam goreng berempah
mmm...memang menyelerakan..walaupun hanya kami 4 beranak yg makan ia tetap meriah...mak mertua ku..x boleh makan nie semua...hanya makan nasi impit dengan serunding sahaja...
mana yg lain????? tahun nie kami satu keluarga jer ada di sisi mak mertuaku selain keluarga abg iparku _Uncle bah
yg lain2 anak mak beraya di rumah sendiri n keluarga mertua dulu...almaklumlah masing2 pun dah ada nak-cucu...
**memang agak boring...pas makan x tahu nak buat apa...kami ank beranak tengok tv saje....**tiada pun tetamu yg datang...kalau kat kg aku nie..lepas yer sembahyang raya..berduyun-duyun sanak saudara datang...
*hujan emas negeri orang ..hujan batu negeri sendiri*
ha..inilah tatamu pertama yg sampai....
cucu mak...Dida*nama sebenar..x tahu* bersama ank2nyer...kiranya ini ank kakak ipar akulah*kak arah*
then selepas itu barulah tetamu n ank2 cucu yg lain sampai...x sempat nak ambik gambar diorg...rugi rasenyer..cz time nie tgh sebuk kat dapur...huhuhu
AKTIVITI PETANG RAYA
Sempat juga darling membawa kami ank beranak singgah di kubur ayahndanya...
AL-FATIHA
Pertama kali jugak buat aku dan ank2 menziarahi kubur bapa mertua...alhamdulillah allah permudahkan urusan kami untuk menziarahi dan sedekahkan al-fatiha untuk beliau..semoga rohnya di cucuri rahmat..
JALAN RAYA~
Selepas itu kami sempat beraya di rumah ank sedara darling..MUSTAFA...lupa lak nak ambik gambar biasalh dah jumpa memg tak ingt..rumahnyer di pasir gudang dan singgah sebentar di rumah adik "tapa"
so...tamatlah aktiviti beraya pada raya pertama~
NEXT DAY~
menunggu tetamu sahaja di rumah...si TAPA pula sampai bersama keluargannya untuk menziarahi ATOK...sempat juga aku membantu kak peah memasak dan menikmati juadah makan tengah hari beramnai-ramai..
selepas mereka semua pulang kami pergi beraya di rumah abg darling yg tua sekali..
namanya abg atan..nama sebenar MOHD AMIN
dan anak-ank panggil PAK LONG..
alhamdulillah masih sihat lagi..cuma isterinya kak siti kurang sihat...
0K rasanya cukuplah setakat itu sahaja..sepanjang kami berada di JB..memg tak banyak g jalan2..tapi banyak menghabiskan masa bersama ibu mertuaku...almaklumlah kami nie jarang dapat balik...so kesempatan yg ada ini cuba gunakan sebaiknyer...insyaallah selepas ini cuba selalu balik JB sekerap yg boleh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan