Sedang mencari CONFINEMENT LADY sekitar tempat anda? Kami LYA MOBILE SPA ada menyediakan pakej berpantang yang berpatutan dan sangat berbaloi-baloi .Untuk keterangan lanjut sila hubungi 011-33312445

Ahad, 21 Mac 2010

TAHUKAH ANDA APA ITU KAEDAH FONETIK?

Mungkin ramai kalangan kawan2 yang tertanya2 apa sebenarnya kaedah fonetik yang digunakan dalam buku Bacalah Anakku,Read Easy dan AL-Furqan..apa kelebihannya untuk membantu ank2

Jika kita imbas kembali kaedah yang biasa kita gunakan iaitu memperkenalkan kanak-kanak kepada nama-nama huruf seperti "B" (dibunyi "bi") atau "Y" (dibunyi "Wai")... kaedah ini sebenarnya tidak banyak membantu bagi menyediakan anak-anak kepada kemahiran membaca. Ini kerana nama-nama huruf tidak menyumbang secara terus dalam pembentukan perkataan.

Tetapi melalui pendekatan Fonetik anak-anak akan diperkenalkan kepada BUNYI huruf seperti "beh" (untuk "B") dan "yeh" (untuk "Y"). Kita sedia maklum yang sesebuah perkataan adalah terbentuk dari kombinasi bunyi-bunyi yang diwakili oleh setiap huruf... dengan menguasai bunyi setiap huruf anak-anak akan lebih mudah untuk membentuk perkataan dari kombinasi bunyi-bunyi ini.

Contohnya "beh"... "aa"... "jeh"... "uu"... bila disebut secara terus dan bersambung akan membentuk perkataan BAJU. Tapi bandingkan jika anak cuba membentuk perkataan dengan cara menyebut nama huruf... "bi"... "ey"... "jey"... "yu"... saya pasti anda sendiri belum tentu dapat meneka apa perkataan yang sepatutnya terhasil, bukan?

Kita sambung lagi nanti...
(sumber dari,Adikbijak.com)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan