Sedang mencari CONFINEMENT LADY sekitar tempat anda? Kami LYA MOBILE SPA ada menyediakan pakej berpantang yang berpatutan dan sangat berbaloi-baloi .Untuk keterangan lanjut sila hubungi 011-33312445

Isnin, 11 Oktober 2010

Hidup pasti akan mati tidak kira tua atau muda~

Terlebih dahulu nak sedekahkan al-Fatiha buat Sy Anuar al-edrous bin Sy Abdullah...
ini adalah ank saudara saya belah suami...
Allyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada Sabtu 2 oktober 2010
disebabkan kanser kelenjar darah
umur 30 tahun~

*arwah memakai  sunglass*

 
Apa yg sedih sangat adalah beliau duduk ngn saya lebih kurang selama 9 bulan sebelum meninggal..dari Johor bahru datang ke melaka membawa diri bersama seorg teman wanita..untuk mencari suasana baru untuk bekerja~

alhamdulillah walaupun sebelum ini hanya 2x saja saya berjumpa beliau..tapi dengan hati terbuka saya menerima beliau untuk duduk bersama saya dan beliau pun boleh menerima keadaan kami sekeluarga..dan sangat menyayangi ank2 perempuan saya.

KANSER SANGAT CEPAT MENYERANG~

apa yg saya ingat sepanjang bersama kami beliau tak ada bg tahu pun beliau ada penyakit kanser..dan saya rasa dia memg tak tahu ..historynya yg saya perasan..
-kurang selera makan nasi
-susah tidur malam
-siang-kerap mengantuk
-kerap badan sakit/demam

**dan saya notis beliau ada tumbuh macm kelenjar**..tapi beralih-alih~disebabkan makan daging merah..tapi kata beliau memg biasa cz semua adik beradik dia ada dan mereka pernah bt pembedahan..ingat lagi masa tu tumbuh kakt dada tapi suami saya suruh g klinik..ok la dia nk pergi tapi dia bertangguh..dan benda tu pun hilang..hinggalah tumbuh di tempat2 yg lain..

memg kerja beliau sebagai promoter Tm..memg kerja tak tentu masa,dan kalau mana2 ada promotion 10-10 ..so arwah memg tak boleh bertahan duk dalam air-con badan2 nyer akan rasa sakit dan bagai nak demam..

kami masih tak tahu an dia juga tak tahu kanser sudah menyerang dan itu mungkin tanda2 nya..b coz dia pun tak pernah ambik serius dengan keadaannya.since bulan ramadhan keadaannya makin kritikal apabila dia kata "GASTRIK"..itu memg penyakit biasa pada bulan puasa..tapi dia keluar masuk wad,hospital masih tak boleh trace akan  gastriknyer..bila dok nak buat skop..arwah tak nak...

perubahan sikanya sebelum kematian~
memg dia agak kurang bercakap dan sentiasa mengurungkan diri dalam bilik..mungkin menahan kesakitan yg di alaminya..

hari raya menjelang tiba..masa tu minggu terakhir dan arwah baru keluar hospital..bila pak utehnya tanya nak balik ke JB tak..arwah kata xnak..kami pun tak tahu sebabnyar..tapi 2 pak uteh ada nasihat kan dia suruh balik untuk berubat then dah sihat baru datg melaka untuk kembali bekerja..arwah ikut saja tanpa banyak kata..

mana tahu itulah kali terakhir arwah bersama kami, pergi memg tinggal tanpa pesan...

KEADAAN TERAKHIR BERSAMA IBUNYA DI JB
-kata kak arah (panggilan untuk ibunya) memg balik dari melaka dia agak lemah,walaupun tak boleh puasa arwah langsung xnk makan ..hanya minum susu kambinh HI GOAT sahaja..
selama lbh kurang 4-5 hari berkeadaan begitu..sehinggalah keadaan sehingga tiada tenaga di masukkan wad 6 hari..tapi masih tak tahu keadaanya..walaupun doktor ada bg tahu bunga2nyer..tapi masih dalam pemeriksaan..

balik berehat dirumah unuk 4 hari..
dan masuk kembali ke wad kerana keadaanyya agak kritikal
****rupanya kanser stage 3 yg tak dapat diselamatkan****bakteria dah merebak satu badan..

ingat lagi pada hari khamis dia di masukkan ke hospital
dan kami tak dapat balik time tu kerana banyak urusan yg berjumpa pelanggan telah dikonfirmkan..so kami balik pada sabtu pagi dan menerima panggilan di pertengahn jalan...
innallillah...


*moralnya*

Jika ada rasa perubahan kesihatan pada diri teruslah dapatkan rawatan..memglah ajal tu di tangan tuhan tapi kita sebagai hambanya kenalah berusaha..*

memg penjagaan makanan sangat penting..

ini sahaja sekelumit kenangan untuk arwah...
dan selepas ini pesanan saya untuk sesmua dan juga ahli keluarga sayangilah dan hargailah sementara ada di depan mata..apabila sudah tiada..tiada guna untuk menyesal..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan